26 November 2012

Job Di Rumah. Cepat!

Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan.

*lap habuk* Lama betul rasanya tak membebel dekat blog.

Entry kali ni nak share kepada semua pembaca. Sharing is caring.
Ada tak yang dekat sini nak sangat duit tapi malas nak cari kerja luar, nak sangat kerja luar tapi banyak halangan seperti tiada transport dan sebagainya. Ya, ini lah jalan penyelesaiannya!

Ye, baru ni godek-godek lah internet ni, usha part-time job sana sini sementara tengah cuti sem ni. Suddenly, terjumpa satu website ni. Nampak menakutkan je nak tengok sebab ye lah panjang betul explanationnya. So, hati ni terbukak lah nak baca every single detail dalam website tu.

Website ni sesuai sangat untuk suri rumah or orang macam aku ni. Nak bekerja tapi banyak sangat halangan. Website ni bukan something mcm MLM, cari downline apa semua. Website ni adalah servis pekerjaan dalam rumah. Waah, ada yang rasa tertarik, menarik dan ditarik?? Hihihi.

Ha kerja dia mudah je, macam kerja dekat office bezanya semua kerja office tu akan di emailkan kepada kita setiap pagi pada pukul 8am dan gaji akan di bank in kan kepada anda melalui syarikat yang anda bekerja. Syarat kelayakan :



Kena Bayar?
Sebelum nak apply job ni. Ada yuran pendaftaran ye. Eh? Kenapa kerja kena bayar pulak? Certain people fikir ni mesti akan ada penipuan ni. Bukan bukan , ini adalah pembayaran upah bagi pihak agensi JobDiRumah. Sebab mereka akan membantu anda sepanjang anda bekerja ni. Mereka akan bagi latihan, maklumat dan bantu anda apply kerja. Sementara itu, harga yang di kenakan ialah RM50. Mahal? Ragu-ragu? Oh jangan risau, itu adalah pembayaran untuk upah pihak agensi dan juga kos untuk panduan asas dan video tutorial yang akan disediakan bagi membantu anda.

Tak mampu nak bayar?
Sini ada satu rahsia. Hihi. Mendaftar dengan harga yang murah iaitu dengan menjadi agen affiliate. Ha? Agen affiliate? Apa tu? Haa agen affiliate ni kerja dia mudah sangat, anda hanya perlu rajin. Rajin promosikan website JDR ni melalui facebook, email or rajin lagi tampal lah flyers dkt mana-mana. Dgn cara ni akan akan dapat komisen sebanyak RM20 untuk setiap yang mendaftar. Senang bukan? Kemudian, jika anda ingin menjadi pekerja yg mencari kerja di JDR, anda boleh beli guna link affiliate anda. Anda akan bayar RM50 pada permulaan dan kemudian akan ditolak RM20 untuk komisen anda. Bagaimana untuk menjadi agen? 

2. Pergi ke tab menu paling atas belah kanan > affiliate.
3. Isi apa yg diperlukan dan follow step.
4. Kemudian anda jalankan lah tugas anda sebagai agen dan boleh beli guna link affiliate anda sendiri :)

p/s : Pendaftaran percuma!


Masih ragu-ragu? Sila click link ini untuk lebih lanjut http://www.jobdirumah.com/syamilimajid.

Click jangan tak click, link tersebut akan membantu anda seratus peratus.

Jika anda serius mahu bekerja di rumah, anda perlu bertindak sekarang. Terutama untuk kaum hawa yang tidak bekerja dan ingin membantu suaminya. Pastikan anda memahami BAHASA INGGERIS.


10 July 2012

English Day.

Assalamualaikum. Tak jawab dosa , kalau jawab, jawab lah hihi.

Niat nak update entry ni since Ahad malam lagi. Tapi tunggak punya tunggak , harini le update.
Tak nak cerita panjang pun sebab memang tak nak cerita panjang lah. hikhok.

Last Sunday, 8th July, English Day , Freshie, Faci.
Faham tak?  Itu lah cerita dia untuk entry kali ni. Dah kata dah tanak cerita panjang. Degil.



JUNIOR ADMIRAL




27 June 2012

New lappy puhliss,

As my super gorgeous Toshiba dah jadi mereng and mungkin nyawa-nyawa ikan. Aku agak tertanya-tanya mana nak dapat duit beli laptop baru? Jap jap, sepatutnya bukan tu soalan dia. Eh? Soalan dia patutnya, macamana nak bagitahu le dad yang super garang tu yang le me nak lappy baru? Fuh, berpeluh ni ha ketiak pikir cara. Belum lagi tanya ni tapi macam um um bukan je tak dapat greenlight, yellowlight, bluelight pun agaknya tak dapat. T.T 

"Eh, dah three years plus pakai lappy tu takkan tak boleh dapat lappy baru, bah? Kalau boleh yang power sikit lah boleh?" < Oh, alangkah bagusnya aku mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk menanyakan soalan sebegitu rupa kepada le dad yang super garang. Wuu. Aku risau bukan sesuatu yang aku ingini akan terjadi, malah sebaliknya seperti tamparan mungkin? Oh, dramatik sungguh pemikiran mu, Cik Mili. Tak mungkin lah tanya soalan macamtu, lebam pipi ? Tak logik, tak logik. Lain lah kalau soalan dia macamni "Abah tak reti ke nak belikan adik lappy baru?" Dengan nada yang begitu drama dan berdiri sambil mencekak pinggang. Oh bukan je tamparan, malah kaki juga aku terima mungkin. Hew. Once again, aku merepek and tak mungkin aku akan cakap mcmtu dengan ayah aku.

Kondisi Lappy Mili yang dah mereng; "Don't judge a lappy by its design" hew.


Fizikal memang nampak sempurna, dalaman belum tengok lagi haaa. Malas nak cite, nanti nangis kang, kau rajin ke nak lap air mata aku? hikhok.

Lepas lama merenung lappy ni suddenly ternampak Moon , buah hati didi tu. Dia letak display picture dia dekat mesenjer beri hitam tu gambar lappy dia. Waa, Cik Mili apa lagi. Mula lah tanya itu ini. Moon pakai Sony Vaio, ok nak! Perasaan time tu memang nak sangat lappy tu. Eh, harga dia less than my super gorgeous lappy. Bertambah-tambah lah nak nya < kau hengat kau dapat? Tanya le dad pun belum. Memandai je nak nak!

But...
Everytime tengok my lappy,*tarik nafas panjang* rasa sedih jugak nak beli baru sebab lappy ni lah banyak berjasa.*Okay lepaskan nafas yang ditarik tadi* Amboi dah macam exercise dah ha tarik lepas nafas kihkihkih.

Ye memang lappy ni banyak berjasa, dengan lappy ni lah;

1.Mili dapat sign up account muka buku, sign up twit-errr , belogsepot dan banyak lagi laman sosial.
2.Mili dapat video cam dengan kengkawan and le boyfriend bila kunun lama tk jumpa.
3.Mili dapat main game sampai tak ingat solat, makan semua lah.
4.Yang penting, Mili dapat buat saimen. Dan Alhamdulillah lulus dengan jayanya 

See, memang banyak berjasa. :') Okay lah, pokoknya rantingnya daunnya, Mili nak lappy baru hikhik. Doakan Mili dapat lappy baru. Amboi, macam takleh doa sendiri je kan smpai suruh orang doakan. Hee.

Truly, 
Gadis yang menginginkan laptop yang baru.

25 June 2012

Motivasi Diri

Salam. Ehem berhabuk pulak tengok blog ni. *tiup* 

Maka, tergendala niat nak habiskan lipat baju yang sedang berhimpit-himpit dalam bakul dan sedang menunggu untuk dibebaskan. Malangnya, mungkin baju-baju tu kena bersabar sedikit kerana kebebasan ditetapkan pada hari esok. Hew. Panjangnya mengomel. 

Alhamdulillah, syukur. 
Ini yang mampu aku ucapkan untuk menggambarkan betapa gembira nya aku dengan keputusan semester aku kali ini. Mungkin aku belum lagi dalam keadaan yang selesa dan aku jugak tidak akan terlalu selesa sangat ketika ini. Bila-bila masa aku akan jatuh dan jika aku ditakdirkan jatuh , aku berharap agar aku akan segera mempersiapkan diri untuk kejatuhan tu. Kun fa ya kun. Jadilah, lalu jadilah ia. 

Alhamdulillah,
Segala usaha aku menghadap laptop berjam lamanya untuk menambahkan ilmu di dada membuahkan hasil yang melegakan. :') Mungkin results yang aku dapat semester 2 ni tidak seberapa berbanding students yang lain tapi aku tetap bangga. Hee.

Oh ya, 
Harini aku dapat spec baru. woo, takleh bayangkan yang aku akan bergantung kepada cermin mata yang selama ni bagi aku menyusahkan aje. Ye la mana tak susah, aku ni dah lah careless, alahai nak kena jaga spec. Doakan tak cepat patah. Aku gerun mengadap bapak aku T.T

Friends, #ohmyenglish pulak hehehe.
Diorang very supportive. Bangga sekali dengan NWR. Actually, sebab Wawa lah aku results aku boleh meningkat. Bukan kata dia jadi lecturer aku twenty-four seven ke apa cuma sebab dia ni pandai sangat buat aku rasa nak bersaing. Bersaing secara sihat eh :) Serious, dia memang garang kalau time mengajar, kadang nak leleh jugak airmata tapi sebab dia ni garang lah, aku cepat tangkap apa dia ajar. hihi. Bukan dia je, Dila pun sama, dila dalam class memang aku rasa bersaing sangat dengan dia. Dia pun apa kurang. and zatty, nana, nina , pija etc . Semuanya pun power. Jangan mengalah. Jika kita jatuh hari ni tak mungkin kita akan jatuh selamanya, jika kita naik hari ni , tak semestinya kita tidak akan tergelincir. :')

Love,
Jangan disebabkan kegagalan kali ni menjatuhkan semangat awak. Patutnya jadikan kejatuhan tu sebagai satu semangat untuk mendaki kembali. Oh btw, awak tak jatuh, awak cuma tergelincir sikit. And, kite akan selalu jadi cheerleader awak hihi. Baik buruk awak tetap kita sayang. 

Okay the end; thankyou baca even ada yang mcam menguap sikit. Hihihi.

12 May 2012

Perkara yang kita MESTI akan buat everyday;

1. Bangun pagi. Itu pun kalau ada class ke or nak pergi office ke or nak pergi memana lah yang diharuskan bangun pagi. Kalau tidak, bangun tengahari or bangun petang lah jawabnya. Eh, kitakan bayi , memerlukan tidur melebihi 10 jam =='

2.Gosok gigi. Gosok gigi pepagi memang bukan diharuskan lagi tetapi diwajibkan. Kalau malas nak gosok tu, jangan pulak terasa kalau ada yang borak dengan kau tapi dari jarak yang kau pun akan terasa lah jauhnya. Orang tu asal boleh dengar suara kau jadi lah , tapi jangan dapat baunya.

3. Mandi. Ni sama je kes dengan gosok gigi. Diwajibkan lah mandi. Dalam Islam pun mewajibkan kita menyucikan diri sebelum melakukan sesuatu. Tapi sometimes orang bukan tahu pun kalau kita dah mandi ke belum. Kau nak cover, tumpahkan je minyak wangi satu body. Selesai.

4.Berjalan. Eh, pahal pulak kau nak mengengsot? Tapi dikecualikan bagi orang yang kurang upaya. Kalau sihat walafiat tu, aku sarankan engkau berjalan lah daripada bergolek ke, mengengsot ke. Janganlah nak ke dapur kau guling-guling, nak ke toilet , kau merangkak. Kalau aku serumah dengan orang mcmni, kena tepek dengan aku jgn budak ni. haa.

5. MakanMinum. Ada ke yang lupa nak makan minum dalam sehari? Semua alasan yang tak makan minm tu, bukan lupa nak makan or minum but alasan takde duit. Tapi mesti akan berusaha sedaya upaya, godek lah cabinet dapur tu. Ada maggie, balun maggie, ada snack 3 minggu lepas, balun jugak, biskut tah berapa minggu punya, dah lemau lagi , pun balun. Susu basi kalau ada pun errrr... try lah balun kalau haus sangat. Hee

6. Bercakap. Ada ke yang lupa cara nak bercakap? Kalau ada meh sini, sepak lajulaju hehe. Gurau je. Yeah, bercakap adalah satu kewajipan bagi semua. Kau cuba tahan tak bercakap sehari. Kalau kau boleh tahan, Guinness World Record lah aku hantar kau. 

7. Social Network. Haaaa yang ada facebook, twitter, friendster, tumblr, blog and so on. Lagi lagi yang ada internet connection tu. Fuhh, sehari insyaAllah AKAN bukak lah laman sosial tu. Even internet connection kau tu lembap macam ciput oink oink pun. Kau akan berusaha refresh reload bagai. Pastu mula lah bebel depan laptop ke pc ke handphone ke cakap internet ni tuuuutt. Dah sapa suruh broadband kau pakai tapi tak bayar, siapa suruh kau hack line wireless rumah orang , siapa suruh kau pergi cyber cafe yang cikai. macam macam ragam haha.

8. Banyak benda sebenarnya yang kita buat dalam kehidupan seharian. Malas nak bebel je kat sini, Kalau bebel kang mau lebih page. Ada lah yang start boring nak baca, menguap lah itu lah. Hehe. So, thankyou lah berjaya baca sampai yang ke - 8 ni. hehehe.