27 June 2012

New lappy puhliss,

As my super gorgeous Toshiba dah jadi mereng and mungkin nyawa-nyawa ikan. Aku agak tertanya-tanya mana nak dapat duit beli laptop baru? Jap jap, sepatutnya bukan tu soalan dia. Eh? Soalan dia patutnya, macamana nak bagitahu le dad yang super garang tu yang le me nak lappy baru? Fuh, berpeluh ni ha ketiak pikir cara. Belum lagi tanya ni tapi macam um um bukan je tak dapat greenlight, yellowlight, bluelight pun agaknya tak dapat. T.T 

"Eh, dah three years plus pakai lappy tu takkan tak boleh dapat lappy baru, bah? Kalau boleh yang power sikit lah boleh?" < Oh, alangkah bagusnya aku mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk menanyakan soalan sebegitu rupa kepada le dad yang super garang. Wuu. Aku risau bukan sesuatu yang aku ingini akan terjadi, malah sebaliknya seperti tamparan mungkin? Oh, dramatik sungguh pemikiran mu, Cik Mili. Tak mungkin lah tanya soalan macamtu, lebam pipi ? Tak logik, tak logik. Lain lah kalau soalan dia macamni "Abah tak reti ke nak belikan adik lappy baru?" Dengan nada yang begitu drama dan berdiri sambil mencekak pinggang. Oh bukan je tamparan, malah kaki juga aku terima mungkin. Hew. Once again, aku merepek and tak mungkin aku akan cakap mcmtu dengan ayah aku.

Kondisi Lappy Mili yang dah mereng; "Don't judge a lappy by its design" hew.


Fizikal memang nampak sempurna, dalaman belum tengok lagi haaa. Malas nak cite, nanti nangis kang, kau rajin ke nak lap air mata aku? hikhok.

Lepas lama merenung lappy ni suddenly ternampak Moon , buah hati didi tu. Dia letak display picture dia dekat mesenjer beri hitam tu gambar lappy dia. Waa, Cik Mili apa lagi. Mula lah tanya itu ini. Moon pakai Sony Vaio, ok nak! Perasaan time tu memang nak sangat lappy tu. Eh, harga dia less than my super gorgeous lappy. Bertambah-tambah lah nak nya < kau hengat kau dapat? Tanya le dad pun belum. Memandai je nak nak!

But...
Everytime tengok my lappy,*tarik nafas panjang* rasa sedih jugak nak beli baru sebab lappy ni lah banyak berjasa.*Okay lepaskan nafas yang ditarik tadi* Amboi dah macam exercise dah ha tarik lepas nafas kihkihkih.

Ye memang lappy ni banyak berjasa, dengan lappy ni lah;

1.Mili dapat sign up account muka buku, sign up twit-errr , belogsepot dan banyak lagi laman sosial.
2.Mili dapat video cam dengan kengkawan and le boyfriend bila kunun lama tk jumpa.
3.Mili dapat main game sampai tak ingat solat, makan semua lah.
4.Yang penting, Mili dapat buat saimen. Dan Alhamdulillah lulus dengan jayanya 

See, memang banyak berjasa. :') Okay lah, pokoknya rantingnya daunnya, Mili nak lappy baru hikhik. Doakan Mili dapat lappy baru. Amboi, macam takleh doa sendiri je kan smpai suruh orang doakan. Hee.

Truly, 
Gadis yang menginginkan laptop yang baru.

4 comments:

Kidd Fallen said...

Hahahahah hasil penulisan kau memang tak pernah gagal buat aku gelak la Mili. Kau ni memang pelik la. hahahahahaha ;D

Aida Jelita said...

hmm selalunya benda yang dah anyak berjasa memang sayang nak lepaskan..
lagilagi yang ada banyak kenangan

SyamilyMajid said...

haha kidd. Aku tak boleh nak agak yang tu satu pujian or perlian hihi. Anyway, thankyou singgah :)

SyamilyMajid said...

Hi Aida, yup memang susah nak lepaskan tapi dalam hati ni nak yang baru :(