03 March 2012

Assalamualaikum.
Oh nak cerita, dalam account aku sekarang ada RM500. Happy tak? Nak aku belanja tak? Puii, bukan kedekut ke hape, tapi masalahnya itu semua hanya mainan tidur aku. Why oh why benda tu hanya muncul dalam mimpi aku tapi bukan depan mata aku :'( Tarik nafas panjang, bukan untuk melepaskan lega tetapi untuk mengeluh sepanjang mungkin.

Duit duit duit.
Duduk sendiri, without parents dekat Beranang ni amatlah menyeksakan. Baru lah sedar, betapa pentingnya parents tu untuk kita yang umur baru setahun jagung ni. Setahun jagung macam kecik sangat pulak, ok, setahun tembikai lah besar sikit. Whatever, start merepek dah aku. Seriously, poket aku tak londeh bila pakai seluar, beg aku tak berat bila letak purse. Demm. Itu maknanya duit aku tak berkepuk-kepuk. Nak beli makanan mahal, mampu melihat, menelan air liur sebanyak mungkin dan pergi sebelum ada yang melutut sambil teresak-esak depan gerai tu.

Pagi Ahad yang indah , oh tak berapa indah sebab aku bangun pun dah bukan pagi =.= kuikui. Celik mata pun dek kerana gelakan Nana and Zatty. Phew, gelak gelak mereka menyelamat aku dari mimpi yang tidak membawa aku kepada kenyataan hidup langsung. Apakah yang aku merepek? Sila abaikan kalau tak faham.

"KrukKrukKruk". Disebabkan bunyi perut ini lah buat aku cergas untuk terus pergi menggosok gigi , basuh muka dan makan chachos sambil layan Melodi. Ah, permulaan Ahad yang berdosa buat aku. Melayan gossip gossip panas Melodi yang entah betul atau tidak. Kunyah punya kunyah but perut still mengidamkan sesuatu yang berat. Alhamdulillah, setelah sejam berlalu akhirnyaaaaaa ini yang dapat for my brunch.

Pie Maggie. Hasil sentuhan Amira Zaidat :*

Hasil sentuhan Amira Zaidat juga. Hew. Penyelamat perutku.

Cendol yang dibeli ketika badan berbau harum ( belum mandi )

Angan-angan untuk menyediakan bubur kacang sebagai hidangan terakhir telah terkubur. Gara-gara terlupa tutup api rebusan kacang hijau. Hangit dan kering. Sedih oh sedih.

Apepun, hari yang indah bersama si gadis-gadis yang sentiasa membuat aku tersenyum girang. Akhir sekali, apa yang aku sedang lakukan adalah melabuhkan punggungku ke atas lantai dan memenatkan mata memandang laptop kesayangan. Sekian.

No comments: