Seminggu lebih lagi, seminggu lebih lagi,
And then, selamat tinggal, sayonara,byebye Kamsis Saidatina Aisyah and teratak 7b.
Serba-sedikit biodata tentang teratak 7B.
1. Anak ke 7 daripada 21(bilik)
2. Dilahirkan ditempat paling hujung ,level one and bersebelahan court.
3. Berjirankan 6B and anjing-anjing liar yang melepak di court.
4. Berhadapan dengan ampaian baju and kamsis Khadijah.
5. Sudah tua, lantai berlubang yang dulunya ditampal dengan kertas warna-warni tapi dah buat operation. So,dah lawa :)
6. Mempunyai 2 kipas, dulu hanya berfungsi satu je.Nak habis sem baru dapat guna yang lagi satu =.='
7. Berlangsirkan merah darah yang sudah lama tidak dibasuh.
8. 3 katil double decker, 6 locker besi dan 6 meja belajar.
Para penghuni;
Freshie-freshie yang comel lote seramai 3 orang dan senior-senior yang cute miut juga seramai 3 orang.
Kenangan Pahit Manis sepanjang di teratak 7B;
-Meeting room MakcikMakcikBeranang
-Gossip hangat dilakukan disini kerana agak kurang didengari orang lain.
-Makan bersama diatas tikar Syamili.
-Kongsi bersama extension Syamili.
-Simpan charger di dalam kotak siapa tah.
-Letakkan pinggan atau cawan yang malas dibasuh di atas meja kak MUN.
-Meminjam mangkuk Kak Opie untuk buat maggie.
-Sudu Wardah yang berwarna warni menjadi kesukaan semua yang datang.
-Kerusi kecik Anum menjadi alas laptop semua penghuni.Share-share lah ye.
.
-Payung kak Opie ketika hujan.
-Tumpang sangkut baju di katil-katil orang.
-Tolong angkat kain penghuni lain if hujan.
-Patung Elmo Anum and CM Syamili buat main.
-Patung penyet Kak Kinah dibuli.
-Sesi tarik tilam beramai-ramai setiap malam.
-Kongsi air Apple yang dibancuh Anum.
-Sesi pinjam-meminjam tudung.
-Bertekak bertepuk tampar antara Wardah Anum Mili.
-Korean Movie bersama Kak Kinah.
-Bebel dekat Kak opie sebab asyik main game.
Pergghh, letih nak list semua. Ok habis. So, ini kenangan yang mungkin tak akan saya lupakan forever. :')
No comments:
Post a Comment