25 November 2011

Sem1 & "Freshie"


Freshie-freshie FHND1 section 3. Comel lote belaka.

Hi. Assalamualaikum.Intro yang simple.

Final dah habis. Sem 1 dah habis.



Awal perkenalan.

Rasa malu. Buat pertama kalinya bertentang mata dengan bebudak fhnd1 sect3. Pandang pandang. Cuba senyum tapi rasanya dari gaya bebudak ni,aku dah tahu, aku hanya senyum yang sekadar menggerakkan bibir tidak lebih 1 inci*

Rasa stress. 9 perempuan & 14 lelaki. Aku satu-satunya bunga yang tidak dapat duduk bersama bunga-bunga yang lain pada sesi perkenalan kami. Tak ke stress bunyi dia?=.= Semua berdua, dan kenapa aku yang terpilih untuk dipinggirkan. Sadis sangat bila dikenang kembali. huehuehihi.

Rasa tension. Hati meronta-ronta ingin berbicara tetapi mulut digam dengan gam gajah bibik jiran sebelah. Faham tak situasi dia macamana? Susah memang susah nak dapat kawan baru ni.


Pertengahan.

Rasa gembira. Perkenalan yang cepat diantara aku dan bunga-bunga yang pada awalnya memberikan aku permulaan hidup di KPM yang sadis.

Rasa sayang. Bunga-bunga yang cantik banyak membuat aku gelak sekaligus rasa sayang dekat semua bunga-bunga cantik tu. :'D

Rasa teruja. Bila dapat berkenalan dengan 3 jejaka yang tidak sangka akan menjadi sahabat baik aku sehingga kini. Jejaka jejaka yang banyak bersama aku. Eh cop, cite dia bukan aku curang ok. Diorang just business partner aku je.

Hampir hujung.

Semangat belajar turun naik. Adat berkawan juga, ada pasang surutnya. Conflict. Itu je yang boleh aku katakan.


Hujung.

Rindu serindunya bila kelas dah mula takde. 14 lelaki yang kendian ditolak 1. Keadaan berubah. Tak dapat bergurau senda dalam satu kelas macam dulu lagi. Terasa sedih bila final, meja kami dijarakkan dan bila berjumpa semuanya hanya senyum dan bertegur sapa seperti tidak mengenali antara satu sama lain. :(

*Semua ada hala tuju masing-masing. Tak semestinya kegembiraan itu akan kekal selamanya, dan tidak semestinya kesedihan pada harini akan berterusan. Satu je aku nak cakap. Aku bangga menjadi pelajar kelas FHND1 SECTION3!


Fhnd-fhnd semester 1 yang lain patut rasa jealous dengan kitakan fhnd3? Hihi sebab kelas kita je yang boleh sekepala. Hihi.


3 comments:

NWR said...

bluekkkk :p tkya nk sekepala sgt :P

nurhafizah said...

RINDUUUUUUUU.aku salu jumpe didy je time exam. T.T

SyamilyMajid said...

NWR- Bunyi jealous disitu :p
Pija-Rindu kan? ITE baru aku nampak kau.